Isnin, 28 Januari 2013

Telok Cempedak

Saya bertolak dari Beranang pada pukul 9.58 pagi dengan motosikal KRR ZX150 saya menghala ke lebuhraya Kajang Silk. Berpandukan papan tanda menghala ke Kuantan, saya hampir-hampir sahaja terlajak ke Cherating. Saya berpusing semula ke mencari jalan dengan aplikasi Google Maps dan sampai ke Telok Cempedak sekitar pukul 3 petang dengan kelajuan purata 80 km/j.

Setelah meletakkan kenderaan, saya ke kedai Tomyam yang terletak bertentangan dengan kawasan parking untuk mengisi perut. Saya memesan nasi goreng USA dan air laici ais. Rasa masakannya kurang memuaskan. Airnya pula biasa-biasa sahaja. Harga pula, saya telah terlupa.



Semasa segang menikmati makanan, saya didatangi oleh seekor kucing yang sarat mengandung. Kaki belakang sebelah kirinya kelihatan seperti telah dipotong.

Juga semasa makan, saya ternampak dikawasan parking motosikal ada seekor monyet telah terkencing diatas dashboard sebuah motosikal Yamaha 135LC. Air kencingnya dari dashboard, menitis ke handle & masuk ke helmet. Untung buka motosikal saya yang dijadikan tandas olehnya.

Selepas makan, saya check-in ke rumah tumpangan bernama TC Beach Hotel yang terletak tidak jauh dari kedai makan tadi (lorong belah kanan kedai, terus masuk dalam). Bilik telah ditempah dari bulan lepas melalui Agoda dengan RM108 per malam. Menurut iklan pada kaunter, hari bekerja cuma RM88 permalam.



Bilik tersebut boleh memuatkan 2 orang. Terdapat penghawa dingin, t.v. Bilik air pula ada sabun, ada toilet paper, tandasnya berfungsi, ada shower tetapi tiada fungsi pemanas.

Berikut notis yang saya jumpa ditampal di bahagian dalam pintu dan dalam bilik air.





Setelah mandi, saya berjalan-jalan ke kawasan pantai. Berikut gambar-gambar yang sempat saya ambil.







di kawasan pantai, ada tempat untuk kanak-kanak bermain



begitu juga dikawasan foodcourt



Kawasan foodcourt pula tidak besar kawasannya. Tetapi jangan risau, ada McDonalds & Burger King serta beberapa restoran berdekatan pantai. Tidak kekurangan makanan disini, pokok pangkalnya wang mesti ada.



Terdapat 2 pantai yang dipisahkan oleh batuan besar. Untuk ke pantai satu lagi, saya mengikuti laluan/jambatan yang disediakan. Petang itu agak ramai pengunjung jadi agak mengambil masa untuk sampai ke pantai satu lagi.

Gambar sepanjang perjalan ke pantai ke-2











Perasan tak ada seekor kucing di bawah jambatan?





Video pantai pertama yang sempat saya ambil



Terdapat binaan pelik yang saya jumpai ditepi batu besar tidak jauh dari kawasan pantai ke-2





Video pantai ke-2 yang sempat saya ambil



pulang dari pantai ke-2, saya ke kedai paling hujung pada belah kanan. Saya memesan ABC, tetapi ABC buah pula yang saya dapat. Agak unik juga ABC tersebut kerana ada potongan nanas & jeruk betik disamping bahan-bahan yang biasa terdapat pada ABC.

Selepas itu, saya berjalan-jalan sekitar gerai cenderamata. Terdapat mini ATV pada belah kanan kawasan gerai. Sesuai untuk anak-anak mencuba kenderaan offroad pada skala kecil.



Kemudian saya pulang ke hotel, baring-baring sambil menonton t.v. & tidur.

Pagi keesokannya, saya ke foodcourt semula. Cuma 4 kedai yang dibuka pada waktu pagi dan saya ke kedai makan nombor 3 pada sebelah kiri. RM4.50 untuk nasi lemak dengan kerang & kopi-o.

Saya bertolak pulang sekitar 11 pagi berpandukan papan tanda ke Kuala Lumpur. Semasa di Shell Temerloh saya terjumpa seorang penunggang CBR250R dengan plat WXA bernama Muhammad. Kami berbual-bual sebentar dan bertolak pulang bersama-sama. kami berpisah pada simpang menghala ke Ampang selepas Petronas Genting-Sempah.

Saya sampai ke rumah sekitar pukul 3 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan