Rabu, 28 Ogos 2013

Persiapan ke Air Terjun Teladas - Bahagian 1


Kali ini saya merancang untuk melawat / ricci / wildhog ke Maran sebelum membawa rakan-rakan ke sana bulan Oktober ini untuk aktiviti BBQ di sana. 3 jam perjalanan...Nampaknya lebih bagus jika saya menginap disana semalaman untuk merehatkan badan dan jalan-jalan di sekitar pekan itu sambil melihat-lihat kawasan air terjun berkenaan.

Saya bercadang untuk bertolak sekitar 6 pagi Sabtu minggu hadapan (7 September) untuk sampai sekitar jam 10 pagi.

Buat masa ini saya perlu mencari rumah tumpangan yang murah di sekitar kawasan air terjun berkenaan. Ada sebarang cadangan?


Isnin, 28 Januari 2013

Telok Cempedak

Saya bertolak dari Beranang pada pukul 9.58 pagi dengan motosikal KRR ZX150 saya menghala ke lebuhraya Kajang Silk. Berpandukan papan tanda menghala ke Kuantan, saya hampir-hampir sahaja terlajak ke Cherating. Saya berpusing semula ke mencari jalan dengan aplikasi Google Maps dan sampai ke Telok Cempedak sekitar pukul 3 petang dengan kelajuan purata 80 km/j.

Setelah meletakkan kenderaan, saya ke kedai Tomyam yang terletak bertentangan dengan kawasan parking untuk mengisi perut. Saya memesan nasi goreng USA dan air laici ais. Rasa masakannya kurang memuaskan. Airnya pula biasa-biasa sahaja. Harga pula, saya telah terlupa.



Semasa segang menikmati makanan, saya didatangi oleh seekor kucing yang sarat mengandung. Kaki belakang sebelah kirinya kelihatan seperti telah dipotong.

Juga semasa makan, saya ternampak dikawasan parking motosikal ada seekor monyet telah terkencing diatas dashboard sebuah motosikal Yamaha 135LC. Air kencingnya dari dashboard, menitis ke handle & masuk ke helmet. Untung buka motosikal saya yang dijadikan tandas olehnya.

Selepas makan, saya check-in ke rumah tumpangan bernama TC Beach Hotel yang terletak tidak jauh dari kedai makan tadi (lorong belah kanan kedai, terus masuk dalam). Bilik telah ditempah dari bulan lepas melalui Agoda dengan RM108 per malam. Menurut iklan pada kaunter, hari bekerja cuma RM88 permalam.



Bilik tersebut boleh memuatkan 2 orang. Terdapat penghawa dingin, t.v. Bilik air pula ada sabun, ada toilet paper, tandasnya berfungsi, ada shower tetapi tiada fungsi pemanas.

Berikut notis yang saya jumpa ditampal di bahagian dalam pintu dan dalam bilik air.





Setelah mandi, saya berjalan-jalan ke kawasan pantai. Berikut gambar-gambar yang sempat saya ambil.







di kawasan pantai, ada tempat untuk kanak-kanak bermain



begitu juga dikawasan foodcourt



Kawasan foodcourt pula tidak besar kawasannya. Tetapi jangan risau, ada McDonalds & Burger King serta beberapa restoran berdekatan pantai. Tidak kekurangan makanan disini, pokok pangkalnya wang mesti ada.



Terdapat 2 pantai yang dipisahkan oleh batuan besar. Untuk ke pantai satu lagi, saya mengikuti laluan/jambatan yang disediakan. Petang itu agak ramai pengunjung jadi agak mengambil masa untuk sampai ke pantai satu lagi.

Gambar sepanjang perjalan ke pantai ke-2











Perasan tak ada seekor kucing di bawah jambatan?





Video pantai pertama yang sempat saya ambil



Terdapat binaan pelik yang saya jumpai ditepi batu besar tidak jauh dari kawasan pantai ke-2





Video pantai ke-2 yang sempat saya ambil



pulang dari pantai ke-2, saya ke kedai paling hujung pada belah kanan. Saya memesan ABC, tetapi ABC buah pula yang saya dapat. Agak unik juga ABC tersebut kerana ada potongan nanas & jeruk betik disamping bahan-bahan yang biasa terdapat pada ABC.

Selepas itu, saya berjalan-jalan sekitar gerai cenderamata. Terdapat mini ATV pada belah kanan kawasan gerai. Sesuai untuk anak-anak mencuba kenderaan offroad pada skala kecil.



Kemudian saya pulang ke hotel, baring-baring sambil menonton t.v. & tidur.

Pagi keesokannya, saya ke foodcourt semula. Cuma 4 kedai yang dibuka pada waktu pagi dan saya ke kedai makan nombor 3 pada sebelah kiri. RM4.50 untuk nasi lemak dengan kerang & kopi-o.

Saya bertolak pulang sekitar 11 pagi berpandukan papan tanda ke Kuala Lumpur. Semasa di Shell Temerloh saya terjumpa seorang penunggang CBR250R dengan plat WXA bernama Muhammad. Kami berbual-bual sebentar dan bertolak pulang bersama-sama. kami berpisah pada simpang menghala ke Ampang selepas Petronas Genting-Sempah.

Saya sampai ke rumah sekitar pukul 3 petang.

Ahad, 24 Jun 2012

Pantai Remis, Jeram


Kali ini saya cuba mencari jalan dari Sungai Buloh ke Pantai Remis, Jeram. Kononnya ingin membawa rakan-rakan merasa ikan bakar yang terkenal dan murah di Pantai Remis.

Saya bertolak dari Beranang sekitar pukul 2.30 petang menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Sungai Buloh. Pukul 3.45 petang saya dari Sungai Buloh ke Jeram melalui Kuang, Kuala Selangor dan menghala ke Klang. Kawasan Pantai Remis mudah dijumpai dengan mengamati papan tanda di sekitar Kampung Sembilang.

Pada jalan menuju ke pantai, saya ternampak disebelah kanan ada kawasan bermain paintball.

Saya sampai ke Pantai Remis sekitar 5.30 petang.

Petang itu ramai pengunjung. Mungkin kerana ikan bakar yang memang terkenal di sini.

Pantainya cantik namun kelihatan kurang dijaga kerana terdapat banyak cengkerang di tepi pantai.











Hakisan pantai kelihatan telah jauh kekawasan penjaja.



Terdapat juga food court dan kawasan untuk kanak-kanak bermain buaian dan jongkang-jongket.




Setelah puas berjalan-jalan disekitar pantai dan menikmati segelas kopi-o ais, saya pun bertolak pulang sekitar 6.00 petang dan sampai ke Beranang pada 8.30 malam.

Ahad, 17 Jun 2012

Bagan Lalang

Kali ini saya hanya membonceng EX5 Dream adik saya. Kami bertolak sekitar 2 petang dari Beranang, masuk ke Nilai, terus ke Salak tinggi dan sampai ke Bagan Lalang lebih kurang 2 jam kemudian.



Pantai di sini sangat bersih, namun tidak banyak kedai makanan yang aktif pada waktu siang. Saya cuma minum kopi-o di salah sebuah kedai di sini.



Terdapat juga kawasan bermain ATV namun saya tidak sempat mengambil gambar.

Ada juga tempat kanak-kanak bermain disediakan.


Setelah meletakkan motosikal, kami segera solat Asar di surau yang tersedia di sini.

Setelah selesai kewajipan, kami berjalan-jalan menikmati pemandangan pantai.












Lebih kurang 1 jam kemudian kami bertolak pulang.

Sabtu, 3 Mac 2012

Port Dickson - Teluk Kemang, Tanjung Biru & Bagan Pinang

Untuk perjalanan kali ini, saya disertai oleh beberapa rakan dari kelab Eidaman Bikers.

Seawal jam 9.30 pagi, kami (saya, Rock/Rokkusan, Feyzal & Darwis) bersarapan di restoran mamak berdekatan dengan kedai Eidaman. Saya telah terlupa nama restoran itu.



Sekitar jam 11.00 pagi, kami bertolak dari Kelana Jaya menuju ke Port Dickson.



Sekitar jam 12.00 tengahari, kami singgah sebentar di Teluk Kemang untuk makan dan kemudian berjalan-jalan di sekitar teluk tersebut. Darwis terpaksa pulang atas urusan keluarga. Terima kasih kepada Darwis kerana telah membayarkan bil makan tengahari kami.









Seperti ada sesuatu yang menggamit perasaan mengenai Lido Hotel ini tetapi saya tidak pasti mengapa.





Kemudian sekitar 1.00 petang, kami ke Blue Lagoon/Tanjung Biru pula. Firdaus (lanon angler) menyertai kami di sana.







Sekitar jam 3.30 petang, kami ke Bagan Pinang pula. Firdaus mempunyai sebuah bot yang dilabuhkan disini.



Kemudian sekitar jam 4.00 petang, kami singgah minum petang di rumah Firdaus ang tidak jauh dari Bagan Pinang.



Bihun goreng yang dimasak oleh isteri beliau sangat sedap. Terima kasih banyak-banyak Firdaus.

Kami bertolak pulang sekitar 4.50 petang dan saya sampai ke rumah dalam jam 6.50 petang.

Sabtu, 28 Januari 2012

Port Dickson


Kali terakhir saya ke Pantai Bagan Pinang, Port Dickson adalah ketika berusia 3 tahun bersama keluarga. Kali ini saya kembali ke pantai yang sama dengan motor Kawasaki KRR ZX150 saya.

Saya bertolak dari Taman Equine, Seri Kembangan sekitar jam 10.30 pagi menghala ke Kajang dari Putrajaya, terus ke Seremban dan Port Dickson. Di Port Dickson saya mengikut tanda arah ke "Pantai-Pantai Peranginan" dan sampai ke Bagan Pinang.



Sampai sahaja di sana, saya meletakkan motosikal di kawasan meletak motosikal Medan Selera Bagan Pinang. Disebabkan saya belum lagi bersarapan dan jam telah menunjukkan hampir jam 12.00 petang, saya menghampiri kedai makan yang pertama di sebelah kiri. Saya mengambil nasi putih, ayam goreng dan sedikit kuah asam pedas. Kuah asam pedas tersebut sangat sedap sehingga hampir separuh dari nasi dimakan hanya dengan kuah tersebut. Kakak yang berniaga di kedai tersebut juga sangat ramah, seolah-olah beliau menikmati tiap saat dari perkerjaannya. Sambil menjamah hidangan, saya juga dapat menikmati pemandangan pantai dari medan selera tersebut.


Setelah kenyang, saya pun berjalan-jalan disekitar pantai. Berbanding dengan Morib, Bagan Pinang seolah-olah 'hidup' dengan aktiviti nelayan.


Terdapat kawasan perkhemahan serta bot dan kanu kelihatan berdekatan pantai. Tidak pula saya pastikan sama ada boleh disewa ataupun tidak.



Juga kelihatan berdekatan dengan pantai sebuah rumah banglo milik keluarga singh (terdapat simbol agama mereka pada gril).


Sesudah hilang penat menunggang motosikal, saya pun pulang ke Beranang sekitar jam 1.00 petang.